MUSAFIR
Masa
Untuk
Semua
Anda
Fikirkan
Itulah
Realiti
Boleh dikatakan semua orang pernah bermusafir. Mereka keluar meninggalkan kampung halaman , bertebaran ke pelusuk muka bumi untuk tujuan tujuan tertentu.ini bukan lah tabiat baru, ianya telah dipelopori semenjak khidupan zaman awal lagi.Samada mereka keluar mencari ilmu pengetahuan, mencari rezeki ataupun untuk membuat penemuan dan kajian baru demi memuaskan rasa hati yang rasa tidak mencukupi untuk terus tetap pada tempat yang sama.Manakan ilmu dan pengalaman itu sama jika berlainan
tempatnya.Melihat budaya dan gaya hidup masyarakat sahaja sudah cukup untuk menggambarkan bahawa manusia itu berlainan bila mereka dipecahkan mengikut muka bumi, bahasa dan budaya.Melihatkan adanya "gap" pembeza antara beberapa bangsa, sesetengah mereka yang pernah berjalan jauh menyusuri jalan jalan asing mengambil pendekatan mendekatkan perbezaan antara dua darjat bangsa itu.Biar tidak pada masyarakatnya tersendiri, paling tidak terhadap dirinya sendiri yang paling tidak dapat merefleks apa yang ingin dibawa dan diterjemahkan kedalam kehidupannya dari apa yang telah diambil daripada tamadun bangsa lain.
Melihat dan belajar tentang kehidupan bangsa yang, baik dan buruk yang sering ketara dengan bangsa sendiri memang tidak dapat dinafikan.Kadang terasa diri adalah bangsa yang "perfect"…kadang kadang terasa kesian dengan kelemahan bangsa sendiri.Itulah bangsa bangsa.Beribu ribu bangsa yang wujud di muka bumi.Bangsa bangsa yang dipisah dengan pelbagai ketidaksamaan gaya hidup, bahasa dan pelbagai lagi.Namun bila kita ketemui satu titik persamaan dengan bangsa sendiri, terasa bahawa ia tidak lagi asing.Terasa bahawa diri itu telah berjaya menerapkan nilai nilai bangsa lain.Terasa bahasa diri itu sudah mampu mentafsir bangsa yang baru di"anuti" itu.Setelah lama menetap di satu satu lokasi luar, setelah menguasai bahasa dan perangai tempat tersebut, ia telah menyebabkan walaupun sedikit, kita terasa bahawa inilah dirikita yang sebenarnya.CAMPUR.Mampu untuk terus mendabik hari hari mendatang tidak kira di mana aku berada.Samada di bumi ibunda atau di bumi musafir.Mereka makin sebati dengan kehidupan baru yang pada mulanya dibenci oleh hati mereka, yang pernah di cemuh oleh mulut mereka sendiri, yang pernah di pandang rendah oleh mata mereka sendiri pada suatu hari dulu.Mungkin juga pernah dipuji.
Status masyarakat tidak dapat dinilai dengan sekelip mata.Sejuta ketidaksamaan akan terpancar pada pandangan pertama, namun dengan menjadikan masyarakat itu sebahagian hidup kita maka tidak lagi ia terasa asing.tidak lagi ia dianggap sebagai "dunia" lain.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Kalau tak cinta bagaimana nak kenal dengan lebih dalam?
MUSAFIR PERGI
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ كَانَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga dia kembali."
[Hadith riwayat Tarmizi dengan sanad Hasan, Kata syeikh Albani dalam Sahih at-targhiib wa at-tarhiib – hadith hasan lighairihi]
Perkara ini mungkin pernah terfikir oleh mereka yang pernah bermusafir.Merantau demi mendapatkan sesuatu yang tiada pada bumi sendiri adalah satu mujahadah yang tiada nilainya.Meniggalkan keluarga.Meninggalkan udara kampung.Meninggal tempat bermain.Segenggam tekad haruslah di genggam dengan kemasnya pada hari pertama mereka melangkah keluar dari pagar rumah mereka bagi memastikan perjalan dan tapak tapak yang akan disusun nanti tidak tersasar dari target asal.Supaya tiada yang kecewa di belakang hari.
Entah pulang entah tidak…?
Jika pulang berbaloikah pemergian selama ini…?
Adakah aku akan pulang dengan TOPENG asal? Adakah aku akan menjadi BARU?
MUSAFIR MENCARI
Jika kita terus hidup dalam satu "template" yang sama, setiap yang susah akan menjadi biasa dan mungkin akan dianggap senang.Lama kelamaan kehidupan akan menjadi hambar dan tiada perubahan jika kita mencuba untuk mengubahnya.Mungkin disinilah terbuktinya kesan perubahan musim bagi negara negara yang mengalami 4 musim setahun.Samada kesan psikologi, cara berfikir dan sikap atau apa saja, ia memang memberi pengaruh besar terhadap mereka yang tinggal di lokasi yang mengalami 4 iklim berbanding mereka yang terus bangun dan tidur dalam cuaca yang hampir sama sepanjang tahun.Tiada "action" baru yang perlu difikirkan dan diinovasikan kerana semua akan berlalu seperti hari yang sebelumnya.
Mungkin lebih teruk lagi jika mereka mereka ini tidak langsung berfikir untuk apa apa perubahan pada hari esok.Ibaratkan "fikir pagi, buat pagi, fikir petang buat petang".Mereka menerima, itulah hari mereka, itu kehidupan mereka, mungkin besok yang tak pasti itu tidak langsung penting bagi mereka walaupun jika kehidupan hari ini penuh dengan masalah , mereka berkata " masalah hari ini adalah masalah hari ini, jika esok ia masih ada, barulah kita fikirkan penyelesaian baru esok hari.
Berkata Imam As-Syafie:
تغرَّب عن الأوطان في طلب العلى *** وسافر ففي الأسفار خمس فوائد
تَفَرُّج همٍّ واكتسابُ معيشــة *** وعلـمٌ وآدابٌ وصحبةُ ماجد
Berkelanalah dari bumi watan untuk mencari ketinggian(kemuliaan),Dan kamu menjadi musafir, maka pada permusafiran itu ada lima faedah kebaikan,Ia menghapuskan kebimbangan dan mencapai erti kehidupan,Dan mendapat ilmu pengetahuan dan adab dan jua teman terpuji.[Diwan As-Syafie]
Apa yang hendak dicari? Sudah berjumpa apa yang diimpikan?
Mencari Diri?
SAFAR MENDEDAHKAN DIRI SEBENAR
وسمي السَّفَرُ سَفَراً لأَنه يُسْفِرُ عن وجوه المسافرين وأَخلاقهم فيظهر ما كان خافياً منها
Dan dinamakan as-safar itu safar kerana ia membuka/mendedahkan dari muka muka musafir itu dan juga akhlak sebenar mereka, maka jelaslah/zahirlah apa yang tersembunyi disebaliknya.
[Lisaanul Arab]
Identiti diri kita atas definisi orang lain.Kita hanya merasai apa itu diri kita.Selama ini hidup dipandu oleh keluarga.Bila dilepaskan merantau jauh, sudah masanya untuk menjadi "driver" terhadap diri sendiri.Bila mahu dipecut, bila mahu diperlahankan.Bila mahu berhenti dan bila mahu menyimpang.Dunia sungguh luas untuk diterokai, hanya masa menjadi titik jawapan.Pada akhirnya samada kita jatuh tersungkur atau masih tegap berjalan.
Bila bermusafir itu kita mengenali apa yang berada di sudut hati.Juga orang yang berada disisi kita.Kerana banyak mushkilah dan mashaqqah yang akan dilalui semasa permusafiran, di situ ia menguji tahap ketahanan iman dan nafsu.Di era ujian2 berat, maka terserlahlah identity sebenar.Jika disedari dari awal, maka boleh diubah dan dijinakkan kearah kebaikan.Bahkan semasa bermusafirlah masa terbaik untuk mengkoreksi diri dan membuat perubahan tadarruji.Namun jika tidak dibendung, hawa akan mengemudi diri, terus belayar dalam kehidupan dunia yang luas terbentang.
MUSAFIR LALU
Bagi mereka yang jelas tujuannya, setiap perjalanan hanya difokuskan pada niat asal permusafiran tersebut.Tidak sanggup mereka membuang , menghabis masa dengan perkara perkara yang tidak perlu atau tidak membawa faedah kepada hidup mereka atau perjalanan tersebut.
Bila kita bermusafir, kita telah mencipta satu zon masa yang baru, keluar dari zon masa kehidupan biasa kita.Kerana zon masa itu telah ditetapkan, ianya haruslah dipatuhi.Itulah perjalanan musafir yang dirancang.Bukan bermain dengan permusafiran.Namun masih ada yang hanya keluar bertapak kehadapan tanpa menyusun had zon zon masa tersebut, dengan harapan yang baik dan buruk akan ketemu jua.Tidak kisah dimana akhirnya.
MUSAFIR LARI
Baiknya mencipta had zon masa itu, kerana ia dapat menjaga si musafir dari leka dengan perjalanannya sendiri.lalai dengn persinggahan.Tenggelam dengan keluasan waktu REHAT.Bermusafir boleh MEMENATKAN dan MEREHATKAN.Ia boleh menjadikan seseorang kekeringan tenaga untuk menimba sesuatu yang berharga untuk dibawa pulang , tetapi ia juga boleh menjadi tempat bersembunyi bagi mereka yang cuba lari dari tuntutan agama dan watan.Mereka akan berselindung atas nama musafir yang ketagihan ilmu, tidak cukup² sampai kemati.Lantas terus memusafirkan diri tanpa memikirkan priority dan tangunggjawab yang sebenar.Tidak bersedia pulang.Tidak penuh ilmu dada untuk pulang.Itulah alasan².
MUSAFIR PULANG
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنْ الْعَذَابِ يَمْنَعُ أَحَدَكُمْ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَنَوْمَهُ فَإِذَا قَضَى نَهْمَتَهُ فَلْيُعَجِّلْ إِلَى أَهْلِهِ
Daripada Abi Hurairah, daripada Nabi S.A.W " Permusafiran itu adalah potongan (sebahagian) dari azab/seksaan kerana ia menghalang dia dari makanan, minuman dan tidur secukupnya. Sekiranya dia telah menghabiskan urusannya, maka bersegeralah (kembali) kepada keluarganya.
[Hadith Muttafaqun 'Alaih]
Jelaslah dari maksud hadith tuntutan untuk kembali dari permusafiran setelah menyelesaikan hajat yang hendak dicapai.Kerna jauh disudut hati, satu perasaan rindu yang menebal untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan kampung halaman.Rindukan adik adik yang masa ditinggalkan masih dalam buaian.Entah kenal entah tidak akan kakak dan abang mereka ini.Risaukan ibu yang tidak berapa bagus kesihatannya.Risaukan ayah yang semakin penat mencari rezeki menampung perjalanan kita yang jauh.
Agaknya berapa kali Ibu mengairi matanya dengan kesuaman air suci itu mengenangkan anak jauh di perantauan?.Hari gembira hari raya umpama tiada ruhnya.Keceriaan hari2 raya umpama tiada warna bila terkenang anak yang dilahirkan keseorangan di negeri asing.
MUSAFIR DUNIA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda : "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"
[Hadith riwayat Muslim]
Jangan cepat terasa senang dan bahagia dengan fana yang telah diberitakan.Ambillah kesenangan dunia yang didapati untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari bekalan menujuNya.Bukan bersenang menjulur kaki melupakan janji asal tujuan penciptaan kita.Itulah dunia. Tempat baru kita bersinggah dalam perjalanan menuju akhirat.Terasa baru dengan dunia ini.Terasa ingin semua aku kecapi apa yang ada padanya. Terasa ingin mencuba segala gala.Bila kita tiada target yang jelas untuk dicapai didunia ini, maka kita akan dibawa bawa, di alun alun oleh arusnya yang senantiasa berubah bagi memastikan mereka yang leka dengannya akan terus leka dan mengejar mereka.
REDHA IBU DAN BAPA
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ جِئْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَتَرَكْتُ أَبَوَيَّ يَبْكِيَانِ فَقَالَ ارْجِعْ عَلَيْهِمَا فَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata "Aku datang untuk berbaiah kepada kamu untuk berhijrah dan aku tinggalkan ibu bapaku mereka menangis", maka Nabi berkata " Kembalilah kepada kedua mereka, ceriakanlah mereka sebagaimana kamu telah menyebabkan mereka menangis.
[Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu daud.Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim.Ta'liq Syeikh Albani : Sahih. Ta'liq Syeikh Syuib Al-Arnout : Sanad hadith ini hasan]
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ
[Muttafaqun Alaih]
Ibnu Hajar ketika mensyarah hadith di atas dalam kitabnya Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari dalam bab Jihad Dengan Izin Kedua Ibu Bapa :
قَالَ جُمْهُور الْعُلَمَاء : يَحْرُم الْجِهَاد إِذَا مَنَعَ الْأَبَوَانِ أَوْ أَحَدهمَا بِشَرْطِ أَنْ يَكُونَا مُسْلِمَيْنِ ، لِأَنَّ بِرّهمَا فَرْض عَيْن عَلَيْهِ وَالْجِهَاد فَرْض كِفَايَة ، فَإِذَا تَعَيَّنَ الْجِهَاد فَلَا إِذْن . وَيَشْهَد لَهُ مَا أَخْرَجَهُ اِبْن حِبَّانَ مِنْ طَرِيق أُخْرَى عَنْ عَبْد اللَّه بْن عَمْرو " جَاءَ رَجُل إِلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ أَفْضَل الْأَعْمَال ، قَالَ : الصَّلَاة . قَالَ ثُمَّ مَهْ ؟ قَالَ الْجِهَاد . قَالَ فَإِنَّ لِي وَالِدَيْنِ ، فَقَالَ آمُرك بِوَالِدَيْك خَيْرًا . فَقَالَ وَالَّذِي بَعَثَك بِالْحَقِّ نَبِيًّا لَأُجَاهِدَنَّ وَلأَتْرُكَنَّهُما قَالَ فَأَنْتَ أَعْلَم " وَهُوَ مَحْمُول عَلَى جِهَاد فَرْض الْعَيْن تَوْفِيقًا بَيْن الْحَدِيثَيْنِ ،
"Jumhur ulama mengatakan : diharamkan jihad sekiranya salah satu atau kedua ibu bapa menghalang pemergian jihad tersebut dengan syarat kedua duanya adalah muslim.Kerana berbuat baik kepada ibu bapa adalah wajib fardu ain dan jihad adalah fardu kifayah, tetapi sekiranya jihad (pada satu masa itu) menjadi fardu ain, maka tidak perlu meminta izin daripada ibu bapa.Ianya disokong oleh dalil hadith yang di keluarkan oleh ibnu hibban dari jalan yang berlainan(sanad), daripada Abdullah bin amru , telah datang seorang lelaki kepada rasulullah maka dia bertanya tentang sebaik² amalan.Nabi berkata : " Solat".Dia bertanya lagi, kemudian apa?.Nabi menjawab :"berjihad".Lelaki itu bertanya, jika aku mempunyai dua ibu bapa? Nabi menjawab: "aku menyuruh kamu untuk berbuat baik kepada keduanya.lelaki itu berkata, demi Allah yang membangkitkan kamu sebagai Nabi, aku bertekad akan berjihad dan akan meninggalkan kedua dua mereka, nabi menjawab " Engkau lebih mengetahui". Bermakna disini ia membawa maksud kedua dua hadith selari menyatakan tentang jihad fardu ain(pada Ibu Bapa)…"
Sambung Ibnu Hajar lagi dalam bab yang sama :
وَاسْتَدَلَّ بِهِ عَلَى تَحْرِيم السَّفَر بِغَيْرِ إِذْن لِأَنَّ الْجِهَاد إِذَا مُنِعَ مَعَ فَضِيلَته فَالسَّفَر الْمُبَاح أَوْلَى نَعَمْ إِنْ كَانَ سَفَره لِتَعَلُّمِ فَرْض عَيْن حَيْثُ يَتَعَيَّن السَّفَر طَرِيقًا إِلَيْهِ فَلَا مَنْع ، وَإِنْ كَانَ فَرْض كِفَايَة فَفِيهِ
"Dan ianya(hadith) dijadikan dalil pengharaman safar(musafir) tanpa izin kerana jihad dilarang walaupun padanya terdapat banyak fadilat, apatah lagi safar mubah(safar yang diharuskan), sudah tentu safar itu lebih utama untuk dihalang(jika tidak mendapat izin).Sekiranya pula safar itu untuk menuntut ilmu fardu ain, maka safar mesti maka dibenarkan(safar tanpa izin), tetapi jika ianya pada level fardu kifayah, maka terdapat khilaf padanya."[tamat]
Bermusafirlah selagi mana ia dapat memberi manfaat padamu dan orang sekelilingmu.Mencari ilmu atau menunaikan tugas.Patuhilah adab adab bermusafir dan gunakan rukhsah yang telah islam bukakan kepada mereka yang bermusafir.Bawalah restu kedua ibu bapamu, semoga perjalananmu itu akan terhasil seribu input baru yang berguna, moga dengannya kamu bawa balik ke rantau mu untuk menyinari kegelapan yang sedia ada.Jangan lupa permusafiran kita di dunia ini yang hanyalah sekejap sahaja berbanding kehidupan disana yang kekal abadi.Yang ditakutkan nanti bila sampai disana, tiada bekal yang kita bawa.
Bila selesai…PULANGLAH…
Masih banyak tanggungjawabmu
Petikan:
http://waruza.multiply.com/journal/item/41/PULANGLAH