Polisi ganas kerajaan Israel
Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang dilakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk mewujudkan negara Yahudi yang merdeka.
Pokok utama yang menerangkan apa yang sedang berlaku di sana adalah kerana tanah Palestin dianggap suci oleh tiga agama langit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan pandangan Zionis telah melakukan polisi yang bertujuan untuk menghapuskan yang lain, berbanding untuk menjadikan kawasan suci itu berada dalam keadaan aman dan bersatu-padu. Zionis berpendapat bahawa orang-orang Yahudi merupakan "bangsa terbaik", yang telah dipilih oleh Tuhan dan semua manusia lain di dunia ini harus tunduk kepada mereka. Bagi Zionisme, kepercayaan kepada "tanah yang dijanjikan" adalah sama penting dengan kedudukan mereka sebagai "insan terpilih." Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, orang-orang Yahudi mesti tinggal di kawasan tanah suci yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Kawasan ini yang bermula dari Sungai Nil ke Euphrates, terdiri dari tanah-tanah milik rakyat Palestin, dan Jerusalem pula terletak di tengah-tengahnya. Zionisme percaya bahawa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang dijanjikan, dan segala macam bentuk kekejaman dan penindasan boleh dilakukan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Kepercayaan dan pandangan terhadap perkauman menjadi sebab utama kepada ketidakadilan yang sedang berlaku di Palestin, dan juga kepada pembentukan polisi-polisi kejam dan penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin.
Bagi orang-orang Yahudi, penubuhan negara Yahudi merdeka di atas tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci. Matlamat penting yang lain adalah untuk terus mengekalkan kewujudan negara tersebut, yang mana telah dibuat ada Mei 1948. Berdasarkan kepada pemerintah kerajaan Israel, ia hanya boleh dijamin dengan menambahkan populasi mereka di dalam wilayah Palestin dan seterusnya meluaskan lagi kawasan pendudukan mereka. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, keseluruhan populasi Israel mesti diusir keluar dari tanah tersebut, ataupun dihapuskan sahaja. Sehingga kini sudah lebih separuh abad, negara Israel melakukan proses penghapusan jangka panjang rakyat Palestin, selaras dengan kepercayaan mereka.
Harus dijelaskan bahawa keinginan Yahudi untuk memiliki tanah air mereka sendiri adalah berjustifikasi sepenuhnya. Malah, wilayah Palestin merupakan bekas tanah air Yahudi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Zionisme merupakan ideologi terpesong yang menggunakan pelan-pelan agresif untuk mengambil-alih keseluruhan Palestin dan mengusir atau menghapuskan umat Islam Arab yang tinggal di dalamnya, dan melihat tiada apa yang salah dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa pendekatan yang dilakukan bukan sahaja dikecam oleh umat Islam, tetapi juga oleh ramai orang-orang Israel, Yahudi dan Kristian.
Pengusiran Rakyat Palestin
Apabila Zionis bercadang untuk menubuhkan negara Yahudi merdeka di dalam wilayah Palestin, masalah pertama yang terpaksa mereka hadapi ialah kekecilan saiz populasi Yahudi yang tinggal di situ. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruh populasi Palestin. Berdasarkan kepada perangkaan rasmi, dengan usaha Zionis, bilangan pendatang Yahudi, telah meningkat dari 100,000 orang pada 1920-an, kepada 232,000 orang pada 1930-an Pada tahun 1939, ada kira-kira 445,000 orang-orang Yahudi daripada populasi jumlah 1.5 juta. Bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Pada tahun 1939, kawasan yang dimiliki oleh Yahudi telah berganda jika dibandingkan pada tahun 1920-an. Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin. Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak. Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampung-kampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang. Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam. Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan. Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949. Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan Undang-undang Harta Tidak Bertuan. Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah. Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Bagi rakyat Palestin, perjalanan 15 minit ke tempat kerja atau melawat saudara terdekat di kem pelarian yang berhampiran adalah sesuatu yang dahsyat. Mereka akan diherdik dan didera secara fizikal oleh askar-askar Israel yang mengawal di pos-pos pemeriksaan di sepanjang jalan.
Seperti yang telah kita lihat, setiap kedatangan orang-orang Yahudi yang baru membawa maksud kekejaman, penindasan dan keganasan terhadap populasi umat Islam. Dalam usaha menempatkan pendatang yang baru, organisasi Zionis memaksa rakyat Palestin supaya meninggalkan tanah yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun. Joseph Weitz, yang manjadi ahli komiti perpindahan kerajaan Israel pada tahun 1948, menulis di dalam diarinya pada 20 Disember 1940: "Ia mesti jelas bahawa tiada tempat bagi kedua-dua pihak di dalam negara ini. Tiada pembangunan yang akan membawa kita lebih rapat kepada matlamat, untuk menjadi rakyat merdeka di dalam sebuah negara yang kecil ini. Selepas orang-orang Arab dipindahkan, negara ini akan terbuka luas untuk kita; jika orang-orang Arab terus tinggal, negara ini akan menjadi lebih sempit dan terbatas. Satu-satunya cara ialah dengan memindahkan orang-orang Arab dari sini ke negara-negara jiran, kesemua mereka. Tiada sebuah perkampungan ataupun sebuah suku kaum mesti dibiarkan wujud." Heilburn, pengerusi komiti untuk pilihan raya semula untuk jawatan Jeneral Shlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, telah mengekspresikan pandangan Zionis terhadap rakyat Palestin seperti berikut: "Kita mesti membunuh seluruh rakyat Palestin, melainkan mereka bersetuju untuk hidup di sini sebagai hamba."
Kawasan | Dalam Kem | Luar Kem | Jumlah |
Jordan | 238.188 | 1.050.009 | 1.288.197 |
Tebing Barat | 131.705 | 358.707 | 517.412 |
Pinggir Gaza | 362.626 | 320.934 | 683.560 |
Lubnan | 175.747 | 170.417 | 346.164 |
Syria | 83.311 | 253.997 | 337.308 |
Jumlah | 991.577 | 2.181.064 | 3.172.641 |
Kem-kem Pelarian
Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.
Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab "keselamatan", dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit.
|
Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.
Di dalam buku The Israeli Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, seorang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pandangan orang-orang Israel terhadap mereka:
Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Kebanyakan penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan - tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.
Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.
Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ. Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999:
...melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu. Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan... Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan...dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun.
Genocide Terhadap Populasi Awam
Israel telah melaksanakan keganasan yang sungguh sistematik untuk menentang penduduk Palestin sejak ia mula-mula ditubuhkan lagi. Kebiasaannya, sasaran utama mereka adalah umat Islam yang tinggal di kawasan tersebut. Sekarang sudah lebih separuh abad, umat Islam Palestin dihalau dari rumah-rumah mereka tanpa sebarang justifikasi diajukan, dan telah ditembak dan diserang, melihat kediaman mereka dirobohkan dan tanah serta kebun dirampas, dan sentiasa dizalimi dan dikejami. Apa yang sedang berlaku kepada tanah rakyat Palestin mendedahkan genocide dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan Israel.
Israel menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan rifel automatik dan senjata-senjata berat..
Hanya sedikit sahaja serangan-serangan dan pengeboman-pengeboman ke atas wanita, orang muda dan kanak-kanak Palestin yang dilaporkan oleh media antarabangsa.
Di Palestin, 70 peratus populasi yang terdiri dari orang muda dan kanak-kanak telah mengalami pengalaman diusir, ditahan, dipenjara dan disembelih sejak pendudukan Israel pada 1948. Mereka telah dilayan sebagai rakyat kelas kedua di tanah air sendiri, dan telah belajar untuk menentang walaupun dalam keadaan yang amat sengsara. Separuh dari mereka yang terkorban di dalam Intifada yang bermula apabila Ariel Sharon melakukan lawatan provokatif ke Dome of the Rock pada Oktober 2000 adalah berumur bawah 16 tahun. 60 peratus dari mereka yang cedera pula kurang dari 18 tahun. Sekurang-kurangnya 5 orang kanak-kanak mati setiap hari di kawasan-kawasan yang terus berkonflik, dan lebih dari 10 orang cedera.
GAMBAR DARI ARKIBSeorang penulis jurnal Ruth Anderson menggambarkan imej-imej ketidakperikemanusiaan dari Intifada Aksa di dalam The Palestine Chronicle, yang diterbitkan di Palestin:
Tiada siapa pun yang menyebut tentang lelaki muda yang baru berkahwin yang keluar berdemonstrasi hanya untuk mati syahid meninggalkan isterinya sebagai balu. Tiada siapa pun yang menyebut tentang orang muda Palestin yang dihentak kepalanya oleh Israel dan lengannya dipatahkan sebelum disembelih dengan kejam. Tiada siapa pun yang menyebut tentang budak lelaki kecil berusia 8 tahun yang ditembak mati oleh askar Israel. Tiada siapa pun yang mengatakan bagaimana penduduk Yahudi yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan diberi semangat oleh kerajaan Barak, menyerang perkampungan Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun serta membunuh penduduk awam Palestin. Tiada siapa pun yang menyebut tentang bayi-bayi Palestin yang mati apabila rumah mereka dibom dalam serangan-serangan udara atau yang ditangkap di dalam serangan bertubi-tubi peluru Israel ketika mereka sedang enak dibuai mimpi. Semua orang tahu bahawa bayi-bayi itu tidak boleh melontar batu. Semua orang tahu kecuali Israel dan Amerika.
Maklum balas dari Ehud Barak, perdana menteri ketika itu, terhadap senario kebinatangan yang berlaku di Palestin amat menarik sekali sebagai refleksi pandangan kerajaan Israel. Beliau dengan mudah berkata bahawa beliau tidak kisah bagaimana konflik di Gaza, Tebing Barat dan zon-zon lain akan berakhir dan segala macam cara yang digunakan untuk menentang rakyat Palestin adalah berasas. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak berminat tentang berapa ramai rakyat Palestin yang mati, sebaliknya beliau hanya bimbangkan keselamatan rakyatnya sahaja.
ISRAEL MENUMPAHKAN DARAH KANAK-KANAK
(Al-Baqarah, 2:205)
Kenyataan-kenyataan di atas yang datang dari orang-orang kuat Israel adalah penerangan munasabah paling jelas tentang mentaliti yang kejam ini. Perangkaan menunjukkan bahawa kebanyakan askar Israel telah menjalankan arahan yang diterima dengan berkesan sekali. Berdasarkan kepada laporan Pertubuhan Kesihatan Palestin, 34 peratus daripada lebih 400 orang yang dibunuh dalam Intifada Aqsa berumur bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah 47 peratus daripada mereka yang mati tidak terlibat langsung di dalam demonstrasi atau pertempuran. 38 peratus daripada mereka yang tercedera di Tebing Barat telah ditembak dengan peluru hidup, dan 75 peratus telah ditembak di bahagian badan yang atas. Di Semenanjung Gaza, 40 peratus dicederakan oleh peluru hidup, dan 61 peratus daripada mereka ditembak di bahagian atas badan, atau dengan kata lain di bahagian dada. Jumlah keseluruhan mereka yang cedera melebihi 10,000 orang. Dalam 1,500 orang menderita kecacatan yang kekal. Hospital tempat mereka dirawat juga sering diserang. Secara total, 1,450 telah ditahan, dan 750 dari mereka masih berada di dalam penjara-penjara Israel.
Dalam 2,760 buah bangunan mengalami kerosakan teruk. Daripada bilangan tersebut, 773 merupakan rumah kediaman rakyat Palestin, 180 telah musnah sama sekali. Daripada bangunan yang musnah, 29 adalah masjid, 12 gereja dan 44 tempat mengambil air. 41 buah sekolah tidak boleh digunakan sama sekali, dan 4 daripadanya digunakan sebagai gudang askar Israel. Tiga puluh buah bangunan sekolah telah dibakar oleh askar Israel. Keadaan ini membawa kepada kerosakan yang dianggarkan bernilai $400,000.
|
Akhir sekali, 45 pelajar telah dibunuh ketika berjalan pulang ke rumah sewaktu dua bulan pertama tercetusnya Intifada al-Aqsa.
Semua fakta statistik ini merujuk kepada satu hakikat nyata: Kerajaan Israel terlibat dalam polisi penghapusan rakyat Palestin yang sungguh sistematik dan jelas.
Perangkaan-perangkaan di atas menunjukkan bahawa askar Israel tidak menggunakan senjata mereka untuk menghapuskan ancaman kepada keselamatan penduduk awam, tetapi digunakan untuk membunuh dan mencederakan. Kebanyakan daripada kanak-kanak yang dibunuh dan dicacatkan telah ditembak di bahagian kepala atau dada, atau yang lain dari belakang. Adalah jelas bahawa tiada askar yang tujuannya hanya mahu menurut arahan akan menembak manusia di bahagian kepala atau dada, atau dari belakang apabila mereka melarikan diri.
Tidak ragu-ragu lagi bahawa tindakan keganasan menyerang penduduk awam oleh beberapa kumpulan radikal Palestin sebagai tentangan kepada penindasan Israel adalah tidak berjustifikasi, dan kami seharusnya mengutuknya. Serangan-serangan tersebut biasanya menjadi kritikan dunia secara besar-besaran dan lebih membawa keburukan dari kebaikan kepada pihak Palestin. Namun, harus diingat bahawa detik permulaan yang membawa kepada tercetusnya tindakan keganasan ini ialah pendudukan rakyat Israel. Sebelum 1967, dengan kata lain sebelum Israel menduduki wilayah Palestin, Israel tidak berhadapan dengan sebarang ancaman keganasan. Pendudukan Israel dan strategi "pembersihan etnik" telah melahirkan dan membenarkan kewujudan terorisme rakyat Palestin.
Namun demikian, umat Islam mesti bersikap seperti yang diarahkan oleh Allah dan dipandu oleh sunnah Nabi Muhammad s.a.w., di setiap waktu kehidupan mereka.
Taburan umur mereka yang dibunuh | Bilangan | % | Bahagian Tercedera | Bilangan | % |
Bawah 15 | 60 | 14.9 | Kepala dan tengkuk (termasuk 9 orang yang ditembak dari belakang) | 154 | 41.8 |
16-18 | 75 | 18.7 | Dada (termasuk 12 orang yang ditembak dari belakang) Perut | 117 | 31.8 |
19-29 | 176 | 43.8 | Keseluruhan badan secara umum | 32 | 8.7 |
30-39 | 50 | 12.4 |
Lengan | 61 | 16.6 |
40-49 | 18 | 4.5 | 4 | 1.1 | |
Atas 50 | 23 | 5.7 | |
Ayat-ayat al-Quran menyeru manusia kepada etika keislaman. Melaluinya dunia akan menjadi tempat yang aman dan toleransi. Allah memerintahkan kita untuk memerintah dengan adil tanpa ada sebarang diskriminasi sesama manusia, untuk melindungi hak-hak manusia, tidak bertolak-ansur kepada kekejaman, menyokong pihak yang ditindas dengan kejam, dan menghulurkan tangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Keadilan ini memerlukan seseorang untuk membuat keputusan dengan melindungi hak kedua-dua pihak, menganalisa peristiwa secara objektif, dan berfikiran tidak berat sebelah. Ia memerlukan keadilan, kejujuran, belas kasihan dan sayang-menyayangi.
Adalah jelas bahawa serangan-serangan tersebut seperti menentang penduduk awam tidak boleh dimaafkan. Seperti yang diterangkan di atas, cara tersebut tidak konsisten dengan ajaran Islam sama sekali. Apabila kita memeriksa ayat-ayat Al-Quran dan tingkah-laku Nabi Muhammad s.a.w., adalah jelas bahawa serangan terhadap penduduk awam bukan dari ajaran Islam. Sama ada semasa pembukaan Kota Makkah atau pun perang-perang yang lain, Baginda sangat berhati-hati melindungi hak-hak mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, dan menghalang mereka dari dicederakan. Baginda mengingatkan orang-orang Mukmin tentang perkara ini dalam pelbagai peristiwa, dan mengarahkan mereka supaya "Mulakan perang dengan nama Allah dan untuk Allah. Jangan letakkan tangan ke atas orang tua yang hampir mati, ke atas wanita, kanak-kanak dan bayi. Berbuatlah baik, yang mana Allah mencintai meraka yang berbuat baik dan beramal soleh" (Hadith riwayat Muslim). Umat Islam menentang kezaliman dan barbarisme, penggunaan senjata yang tidak perlu, dan segala macam praktis yang tidak adil.
Sewaktu peristiwa yang tercetus disebabkan oleh tindakan Israel membuka terowong yang telah ditutup selama berkurun-kurun, Menteri Kewangan Palestin telah diserang oleh askar-askar Israel yang menggunakan kayu (atas kiri). Israel menggunakan bom, peluru dan belantan bagi menentang perjuangan suci rakyat Palestin yang telah berlangsung selama lebih separuh abad.
Sesiapa sahaja yang dengan sengaja terjun dari gunung dan membunuh diri sendiri, dia akan masuk Neraka dan jatuh di dalamnya dan kekal berada di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang meminum racun dan membunuh diri sendiri, dia akan membawa racun di tangannya dan meminumnya di dalam Neraka yang ia akan tinggal di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh diri dengan senjata besi, dia akan membawa senjata tersebut di tangan dan menikam-nikam perut dengannya di dalam Neraka tempat dia tinggal selama-lamanya. (Hadith riwayat Muslim)
Dunia sudah melihat apa yang sedang berlaku kepada Palestin selama lebih dari separuh abad. Penindasan yang kejam ini telah mendapat liputan akhbar-akhbar dari seluruh dunia setiap hari, dan dibaca pula oleh berbilion-bilion manusia. |
Oleh itu, setiap umat Islam harus mengutuk insiden ini, yang menyulitkan lagi tindakan damai rakyat Palestin.
Haruslah diingat bahawa sebarang bentuk perjuangan yang diluar nilai-nilai Al-Quran - sebagai contoh, taktik "gerila" yang dicipta oleh ideologi komunis - adalah salah, dan tidak akan berjaya. Atas sebab ini, situasi semasa di Palestin mesti dipertimbangkan dengan berakal dan realistik, dan strategi baru yang konsisten dengan Al-Quran mesti diputuskan. Jika Palestin mahu melibatkan diri dalam perjuangan diplomasi dan budaya untuk menetang Israel, yang dari segi ketenteraan lebih berkuasa dari Palestin, berbanding jalan peperangan, ia bukan sahaja akan menjamin kejayaan yang lebih baik, malah akan mengakhiri penderitaan rakyat yang tidak bersalah.
Kesimpulan
Seseorang boleh berkata dengan lebih baik lagi, dan mengambil lebih banyak contoh tentang keadaan yang sedang berlaku di Palestin. Namun, apa yang tidak boleh kita lupa tanggungjawab setiap individu yang berkesedaran untuk berhadapan dengannya. Peristiwa di Palestin bukan hanya perang Arab-Israel. Ia mempunyai maksud yang lebih mendalam. Pertama sekali, umat Islam yang tanahnya telah dirampas sedang bergelut untuk mendapatkan keadilan. Tanah yang dipersoalkan dianggap suci oleh keseluruhan dunia Islam. Rakyat Palestin menentang untuk meninggalkan Jerusalem, sebuah bandar kepunyaan dunia Islam. Inilah sebabnya mengapa setiap Mukmin mempunyai tugas untuk melancarkan peperangan idea terhadap ideologi-ideologi yang menyokong kepada penindasan berterusan di Palestin, dan juga turut berusaha mencari jalan penyelesaian.
Setiap mereka yang berkesedaran mesti memikirkan hakikat tersebut dan mencari jalan keluar. Seperti yang telah kami nyatakan di dalam bahagian lain di dalam buku ini, jalan keluarnya terletak pada usaha menyebarkan ajaran moral al-Quran kepada semua umat manusia di seluruh dunia. Ia satu-satunya cara untuk membawa kedamaian dan persaudaraan, sama ada di Palestin atau di negara-negara lain yang sedang mengalami peperangan dan konflik. Jika keadilan, kerjasama, kasih-sayang, cinta, sanggup berkorban dan saling bermaafan yang merupakan moral yang dituntut di dalam Al-Quran dapat menguasai dunia, kesannya dunia akan menjadi satu tempat yang adil, damai dan selamat.
Melalui ayat "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung" (Ali-Imran, 104), Allah menarik perhatian orang-orang yang beriman terhadap tugas yang mulia ini. Maka apa yang umat Islam perlu lakukan adalah hidup berdasarkan moral yang dapat menarik keredaan Allah, menerangkan kepada manusia lain, dan menyebarkan moral al-Quran ke serata pelusuk dunia.