Sifat pemurah Imam Abu Hanifah tersebar begitu luas, terutamanya di kalangan teman-temannya. Suatu hari seorang temannya datang ke kedainya. Sambil melihat kain-kain yang tersusun rapi di kedai tersebut dia berkata :
"Saya memerlukan sehelai baju bulu, wahai Abu Hanifah," Sambil tersenyum Abu Hanifah bertanya: Warna apa yang kamu inginkan?
Temannya menjawab: "Warnanya...."
"Tungguhlah hingga saya memperolehinya dan saya akan bawakan kepadamu,: jawab Abu Hanifah sambil tersenyum.
Apabila hari Jumaat, baju yang dipesan pun tiba. Lantas baju ini dibawa kepada temannya. Sambil mengeluarkan kain bulu tersebut Abu Hanifah berkata :"Saya telah menerima pesanan yang engkau perlukan."
Dengan wajah yang girang, temannya bertanya:"Berapakah harganya?"
"Satu dirham."jawab Abu Hanifah
"Satu Dirham?!" balas temannya dengan terkejut.
"Ya.",tegas Abu Hanifah.
Temannya merasa tidak percaya dengan kata-kata Abu Hanifah:"Apakah engkau bergurau, wahai Abu Hanifah."
Abu Hanifah menguntum senyum seraya berkata:"Saya tidak bergurau. Saya beli baju ini bersama satu lagi baju dengan harga 20 dinar emas dan satu dirham perak. Sehelai saya telah jual dengan harga 20 dinar emas dan tinggal yang ini saya jual dengan satu dirham. Saya tidak mahu ambil untung daripada teman saya."