Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
Keistimewaan al-Qaradawi
1.Ketajaman akal dan pandangan yang bernas
Sebagai seorang pendakwah, al-Qaradawi mempunyai ketajaman akal dan pandangan yang bernas dalam mengutarakan sesuatu isu dan menyelesaikannya dalam konteks masyarakat kini. Perkara ini dapat dilihat dalam penulisan-penulisan beliau terutama mengenai gerakan Islam dan keutamaannya dalam menghadapi arus globalisasi. Dalam buku Fiqh al-Awwalawiyyat, al-Qaradawi menghuraikan keutamaan dengan mengambil contoh dari al-Quran, al-sunnah serta para pendakwah sepanjang zaman.
Beliau menghuraikan perkara ini dengan jelas dan mudah sehingga mencengkam jiwa pembacanya. Walaupun perkara keutamaan ini telah dinyatakan dalam al-Quran tetapi ia semakin diabaikan sehingga al-Qaradawi menulis buku ini untuk menyedarkan peranan yang perlu dipikul oleh umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi juga mengakui peranan akal dalam islam. Beliau menyatakan dalam bukunya al- Ilm wa al-‘Aql fi al-Islam (Ilmu dan akal dalam Islam) yang menerangkan kedudukan akal dan Islam memuliakan akal dengan mengiktirafkan ijtihad sebagai salah satu hukum yang diputuskan akan mendpat pahala sama ada betul atau salah. Walaupun begitu akal harus dibimbing oleh wahyu.
2.Sasterawan
Al-Qaradawi juga merupakan seorang sasterawan dan sejak kecil lagi beliau menulis rangkap syair-syair Arab.Beliau amat menyukai syair yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.Al-Qaradawi juga mempunyai buku syair yang berjudul Nafahat wa lahahat, dan al-Muslimun al-Qadimun. Syair yang pertama ditulis ialah bertajuk Safarat al-indhar. (Bunyi sirene) Syair itu menggambarkan sebuah zaman yang ditimpa peperangan. Apabila masyarakat mendengar bunyi sirene pada malam hari, maka sekilas itu mereka mematikan seluruh lampu. Sedangkan jika mereka mendengarnya di siang hari, mereka akan tergegas-gesas bersembunyi. Syair ditulis semasa beliau berada di tahun Dua Menengah Rendah, Maahaad Agama Tanta. Antara syairnya ialah syair yang ditulis dalam buku kisah Yusuf al-Siddiq yang berbunyi :
Wahai engkau yang disingkirkan oleh gelapanya malam, hadapilah ia dengan kesabaran,
Kerana siang dan malam akan selalu bergantian
Lihat cuaca yang dapat cerah kembali meskipun awan telah menyelimutinya
Dan malam akan berakhir dengan datangnya cahaya pagi hari
Lihatlah Yusuf yang dengan tangannya berhasil menguasai Mesir
Padahal sebelumnya ia adalah penghuni penjara.
Dalam penjar Tur, Yusuf al-Qaradawi dan rakan-rakannya sering menghiburkan hati mereka dengan syair Mustaf Sadiq al-Rafi’I yang berjudul al-‘Arubah. Rangkapnya berbunyi antara lain:
Wahai Tuhan kami, hanya padaMulah kami menyeru
Berikanlah pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada kami
Sesungguhnya kami hanya mengharapkan keredhaanMu
Kami tidak akan ridha dengan yang lain, kecuali engkau meridhainya.
Al-Qaradawi menulis rngkap syair khusus buat Hassan al-Banna iaitu :
Bagimu wahai pemimpinku, wahai guru yang mulia
Wahai orang yng membawa cahaya pada zaman kegelapan
Wahai pembimbing dunia yang mengikuti manhaj Nabi Muhammad
Wahai orang yang memiliki sifat generasi Dar al-Arqam
Engkau telah meninggalkan Islam dengan gagah berana, ia tidak memiliki
Anak kecuali para generasi muslim,
Engkau telah menuliskan kepda dunia akan benarnya sebuah pertolongan,
Dan engku menolaknya sampai menyiramnya dengan darah sendiri.
Mereka mengira bahawa engkau telah meninggal, padahal engkau tetap hidup di tengah-tengh kami,
Tidak pernah ada yang mati kecuali diktatator sang pelaku kejahatan.
Mereka mengira bahawa engkau telah tiada, padahal engkau nampak di tengah-tengah kami
Kami akan berjuang dengan manhajmu di seluruh pelusuk bumi yang fana.
Tidurlah di sisi Tuhanmu yang Maha Memberi Pemberi Petunjuk
Engkau telah mendirikan sebuah bangunan tak mungkin keruntuhan
Rasa cinta terhadapmu akan tetap tertulis dalam sanubari kami
Cahayamu akan selalu ada dalam hati dan namamu selalu ada pada mulut kami.
Al-Qaradawi mengambarkan penjara Tur sebagai tempat perkhemahan abadi bagi peningkatan peribadi anggoa Ikwan hingga tahun 1949. Rangkap syair tersebut berbunyi :
Wahai manusia, saat ini sejarah telah menjadi bukti perjuangan kami
Saat ini kebenaran telah nampak bagi sesiapa saja yang mahu melihatnya
Sesungguhnya kami telah melakukan dakwah dengan penuh keikhlasan
Dan kebenaran ini dapat dibuktikan dengan beribu dalil
Mereka telah menganggap kami tiada, sehingga kami bertanyanya,
‘kemanakah air mengalir’
Padahal ia menghidupkan (tumbuhan) yang telah mati dan
Memberi minum mereka yang kehausan
Mereka berkata,’Ke Penjara Tur’.maka kami katakana,’Ya, sekarang rumah Ikhwan telah terbuka
Untuk menghimpun kami sebagai satu saudara di jalan Allah
Di sanalah kami memutuskan segala sesuatu yang ditajuti musuh kami
Ia adalah sebuah musalla tempat kami membersihkan diri
Ia juga adalah sebuah tempat yang bersih yang menjadi tempat kami menguatkan badan
Ia juga adalah sebuah tempat perlatihan untuk menyiapkan
Kami sebagai bala tentera dalam menghadapi sebuah peperangan
Dan ia adalah sebuah lembaga pendidikan tempat kami lebih banyak mengenai kebenaran
Jika kami dilarang berkumpul lebih dari empat orang
Maka ia akan menghuni belantara penjara Tur yang penuh serigala
Mereka memasukkan ke dalam Tur agar tersiksa dan terasing
Tetapi atas nikmat Allah bagi kami, ia adalah sebuah taman
Inilah Tur yang mereka inginkan agar kami menjadi terhina
Padahal di sana pula, Tuhan kami berkenan menambahkan keimanan
pada jiwa kami.
3.Spiritual yang tinggi
al-Qaradawi seorang yang mempunyai sifat kerohanian yang tinggi.Sifat ini semestinya ada bagi seriap orang yang berada dalam medn dakwah. Kerohanian ini akan memancarkan ketulusn yang suci kepada Allah dan menambhakn keimanan. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa penjara Tur telah bayak memberi latihan dan pengjaran kepada golongan Ikhwan untuk meningkatkan amalan kerohanian terutama dalam bulan Ramadhan. Di sini juga, mereka mengamalkan mathurat setiap solat Subuh dan Maghrib.
4.Kesetiaan kepada rakan
Al-Qaradawi amat seti kepada kwan sejak kecil lagi. Perkenalan beliau dengan Muhammad Damardasy Murad sejak di Mahaad Tanta dn tinggal serumah.al-Qaradawi menyifatkan Muhammad Damrsay sebagai teman baik dalam pelajaran, di rumah maupun dalm medan dakwah. Beliau adalah sahabat al-Qaradawi yang banyak mengetahui sifat keperibadian al-Qaradawi secara mendalam. Dalam Ikhwan, al-Qaradawi lebih mengenali banyak rakan-rakn seperti Abdul Wahab Battanuni, Ahmad Asal dan Sayyid Sabiq.
Kesetiaan beliau terhdap sahabat dapat dilihat dengan beliau mengarang buku tenatng perhubungan persahabatan dengan Muhammad al-Ghazali lebih dari 50 tahun. Begitu juga beliau mengarang buku tentang perhubungan persahabatan dengan al-Nadwi sejak mula al-Nadwi melawat Mesir pda tahun 1951 Beliau juga menulis ucapan takziah kepada sahabat-sahabatnya yang telah meninggal dunia.Ucapan-ucapan takziah itu dikumpulkan menjadi satu buku yang bertajuk fi wada’ al-‘alam. Antara ucapan takziah yang diberikan oleh al-Qaradawi iaitu Anwar al-Jundi, Ali Tantawi, Adil Husain, Muhamad Qutbah, Abdul Halim Abu Shaqah, Abdul Aziz bin Baz, Sayyid Sabiq, Mustafa al-Zarqa’, Jadul Haq Ali Jadul Haq, Muhammad al-Ghazali , Abdullah al-Ansari dan Abdullah bin Zaid al-Mahmud.
Sumber-Sumber Pemikiran Dakwah Al-Qaradawi
Al-Qaradawi dalam mengutarakan pandangannya mengambil sumber-sumber asasi sebagai titik tolak dalam karyanya dan pemidatoannya. Sumber-sumber tersebut ialah :
1. Al-Quran
al-Qaradawi menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dalam pemikiran, tulisan sama aada dalam bidang fatwa dan dakwah. Perkara ini jelas dalam bukunya seperti al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (halal haram dalam Islam), al-fatawa al-Mu’asarah (fatwa-fatwa semasa) dan Fiqh al-awlawiyyat (Fiqh Keutamaan). Beliau membawa dalil-dalil dari al-quran sebagai hujah yang utama. Al-Qaradawi sendiri mengakui bahawa al-Quran merupakan sumber utama dalam kehidupan seorang muslim. Dalam buku Marji’riyyat al-Ulya fi al-Islam (Rujukan Utama dalam Islam), al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-quran dan al-sunnah merupakan dua sumber utama dalam perundangan Islam, akidah, ilmu pengetahuan, ibadat, perundangan, akhlak, adab dan keseluruhan bidang kehidupan dengan memahaminya dengan kefahaman yang betul.
2. Al-sunnah
al-Sunnah merupakan sumber kedua selepas l-qurn.Beliau sentiasa mengambil hujah-hujhserta dalil-dlil dari al-sunnah dalm menerangkan makna-makna al-Quran. Beliau juga mempertahankan al-sunnah daripada golongan yang ingin menghapuskannya sebagai sumber utama Islam. Sebagai contoh fatwa yang membolehkn seseorng itu bersembahyang dalam gerej jika tidak ad temapt yang lain berdasarkan hadith nabi yang menyebutkan bahawa Allah menjadikan bumi ini masjid dan bersih. Sekiranya umat aku ingin mengerjakan solat, maka boleh dilakukannya. Al-Qaradawi mengambil hadith ini sebagai hujah dan sumber dalam mengeluarkan fatwanya iaitu mengharuskan mengerjakan solat di gereja selagimana ia jauh dari syubhat dan kekotoran. Al. Qaradawi menyebutkan penyelesaian permasalahan feqah dalam mana-mana mazhab mesti merujuk kepada al-sunnah. Oleh itu para fuqaha telah menjadikan al-sunnah sebagai sumber kedua perundangan Islam selepa al-Quran dalam kitab-kitab mereka termasuk mazhab Daud dan Ibn Hazm al-Zahiri yang mengingkari Qias dan golongan Abu Hanafiah yng dikenali sebagai madrash al-ra’yu.(aliran ynag berdasarkn akal)
3.Kisah-Kisah Sejarah.
Al-Qaradawi sering kali membawa contoh-contoh sejarah ketamadunan manusia khususnya ketamdunan Islam. Beliau membaw contoh-contoh kisah sejarah sebagai iktibar dn pengajaran untuk umt Islam. Sebagai contoh al-Qaradawi telah membawa kisah Qarun yang melampaui batas dan melakukan kezaliman keapada kaum dn tidak bersyukur atas kurniaan Allah. Beliau juga memberi contoh kisah kaum ‘Ad yang sombong dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Begitu juga dengan kisah kaum Lut yang melakukan perbuatan keji. Akhirnya mereka dihancurkan oleh Allah.
4.Ilmu-Ilmu Agama dan Ilmu-Ilmu Kemanusian.
Dalam bukunya Thaqafah al-Da’iyyah (Pengetahuan Para Pendakwah) al-qaradawi telah menyebutkan keperluan pendakwah menguasi ilmu-ilmu Islam, ilmu sejarah,ilmu kemanusiaan, ilmu kesusasteran dn bahasa.Oleh demikian, kita dapti beliau menjadikn ilmu agama dan ilmu kemanusian sebagai asas dalam pemikirannya. Di samping itu juga, beliau adalah graduan kuliah Usuluddin iaitu kuliah yng mengajar pelbagai ilmu seperti akidah, falsafah, tafsir, hadith, fiqh dan usul fiqh. Ilmu-ilmu tersebut terdapat dalam dirinya sebagai persiapan dalam medan dakwah. Penguasaan dalam ilmu kemanusiaan jelas terbukti dalam karyanya Islam hadarah al-ghad. Dalam buku ini beliau mengambil pandangan Alex Lord, Henry land dan Graudi yang menyebutkan kepincangan dunia barat.
5.Realiti dan Keutamaan
al-Qaradawi sentiasa melihat realiti dan keutamaan dalam menyampaikan dakwahnya. Dalam mengemukakan sesuatu isu, al-Qaradawi akan melihat keutamaannya. Dalam mukadimah buku al-‘Aql wa al-‘ilm (Akal dan Ilmu), beliau menjelskan sebab beliau menangguhkan buku-buku yang berkaitan dengan tafsir bertema dan lebih menumpulan mengenai isu-isu semasa yang merupakan lebih utama ditulis pada waktu itu. Al-Qaradawi menulis buku khusus tentang keutamaan dalam dakwah dan pemikiran iaitu buku yang berjudul Fiqh al-awwalawiyyat.(Memahami fiqh Keutamaan). Beliau menerangkan tuntutan keeutamaan dalam al-Quran dan al-sunnah dan sebab kehilangan keutamaan dalam kehidupan kita kini.Beliau juga membawa contoh-contoh ulamak yang melaksanakan dakwah mengikut keutamaan.
Beliau menggabungkan kelima-lima ciri tersebut dalam menyampaikn dakwah sehingga dapat membentuk pemikiran yang bernas dalam menyelesaikan permasalahan ummah kini dengan pendekatan yang mudah. Kelima-lima unsur ini terpancar dari nilai-nilai asas syariah Islam.