Perlukah Menghentikan Aktiviti Lain Selama Bulan Ramadhan Khusus Untuk Membaca al-Quran Saja?

Oleh: Syeikhah Sukainah bintu Muhammad Nasiruddin al-Albani hafizahullah (Puteri Syeikh al-Albani)

بسم الله الرحمٰن الرحيم

الحمد لله وحده، والصَّلاة والسَّلام عَلىٰ مَن لا نبيَّ بَعْدَه

أمّا بعد


Aku pernah bertanya kepada ayahku (Syeikh al-Albani rahimahullah, pent) yang secara ringkasnya:

Aku membaca bahawa sebagian Imam jika telah masuk bulan Ramadhan, mereka memutus aktiviti hanya untuk membaca al-Quran saja, walaupun mereka adalah ulama yang memberi fatwa kepada orang-orang, maka merekapun menghentikan aktivitinya walaupun untuk berfatwa kepada orang-orang. Apakah ini benar? Apakah aku perlu mengkhususkan bulan Ramadhan ini untuk membaca al-Quran saja dan aku tinggalkan aktiviti membaca hadis beserta syarahnya, kajian-kajian dan yang selainnya?

Maka beliau menjawab:

Pengkhususan ini tidak ada asalnya dalam sunnah, akan tetapi yang merupakan sunnah dan terdapat dalam as-Sahihain (sahih al-Bukhari dan Muslim, pent) [1] adalah: memperbanyak membaca al-Quran di bulan Ramadhan.

Adapun mengkhususkan bulan Ramadhan untuk hanya membaca al-Quran saja tanpa ibadah lainnya seperti menuntut ilmu, mengajarkan hadis, menjelaskan dan mensyarahnya, maka yang seperti ini tidak ada asalnya. Begitu pula mengerjakan kebaikan-kebaikan, sedekah, berbuat baik kepada manusia dan seterusnya. Maka memutus aktiviti hanya untuk tilawah al-Quran saja tidak ada asalnya, yang ada asalnya adalah semata-mata memperbanyak membacanya.

Audio fatwa Ayahku boleh di download di link ini.

_________________

[1] Dari Ibnu Abbas radiyallahu anhuma, ia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ


“Adalah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam orang yang paling dermawan dan beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril menemui beliau dan malaikat Jibril menemui beliau di setiap malam Ramadhan dan mengajarkan al-Quran kepada beliau. Maka ketika itulah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lebih dermawan untuk memberikan kebaikan daripada angin yang bertiup kencang.”

An-Nawawi rahimahullah berkata: “Teman-teman kami berpendapat: disunnahkan banyak-banyak membaca al-Quran di bulan Ramadhan dan saling mempelajarinya, iaitu dengan seseorang membacakannya kepada yang lain dan yang lain membacakan kepadanya, berdasarkan hadis Ibnu Abbas tadi” [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 6/274]

Dan al-hafiz Ibnu Rajab rahimahullah berkata tentang hadis ini: “dan dalam hadis ini terdapat dalil disukainya memperbanyak membaca al-Quran di bulan Ramadhan” [Latho’if al-Ma’arif hal. 169]

***

Diterjemahkan dari blog Syaikhah Sukainah bintu Muhammad Nasiruddin al-Albani hafizahullah: http://tamammennah.blogspot.com/2010/08/blog-post.html

Sumber:
http://ummushofi.wordpress.com/2010/08/11/perlukah-menghentikan-aktifitas-lain-selama-bulan-romadhon-khusus-untuk-membaca-al-qur%E2%80%99an-saja