Seorang alim yang biasa merenungkan makna segala sesuatu, pergi ke lautan dan menanyakan mengapa lautan memakai pakaian biru, kerana warna ini ialah warna duka dan mengapa ia mendidih tanpa api?
Lautan menjawab pada manusia perenung itu, “Aku risau kerana terpisah dari sahabatku. Kerana kekuranganku, aku tak layak baginya, maka kukenakan pakaian biru ini sebagai tanda sesal yang kurasa. Dalam kesedihanku, pantai-pantai bibirku kering dan disebabkan api cintaku, aku berada dalam gebalau ini. Kalau dapat kuperoleh setitik saja air syurgawi dari al-Kausar, maka akan dapat kukuasai gerbang kehidupan kekal. Tanpa setitik ini aku akan mati kerana ghairah damba bersama ribuan yang lain, yang binasa dalam perjalanan.”
Petikan:
Mantiqu't Thair (Musyawarah Burung) karya Fariduddin Attar