
Faisal Tehrani telah menghadiahkan Dr Mohd Asri novel beliau berjudul Tuhan Manusia. Manakala, Dr Mohd Asri pula menghadiahkan Faisal Tehrani karya beliau berjudul Mengemudi Bahtera Perubahan Minda sebagai penghargaan.
Suka tengok senyuman mereka. Mesra saja. Walaupun, masing-masing berbeza aliran pemikiran perpaduan itu tetap terlaksana.

Bagi yang memahami perbezaan aliran pemikiran tersebut, diajukan 1000 harapan. Adapun yang tidak memahaminya, cukuplah sekadar diketahui bahawa perpaduan umat Islam tetap akan terlaksana.
Beginilah seharusnya akhlak dan peribadi seorang tokoh ilmuwan berkelakuan. Kerana disebalik setiap perbezaan pendapat itu, pasti ada rahmat Allah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui.
M.A.Uswah,
Sandakan,
28 Mac 2010.